Saya extract dari database lama Ittutor.net!
SEJARAH ITtutor.net
Assallamualaikum. Bagi mereka yang baru mengenali ITTutor.net saya rasa perlu diceritakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan laman web ini. ITTutor.net ditubuhkan oleh saya dan saudara Abang FaRiS tanpa tajaan dari mana-mana organisasi dan merupakan sebuah laman yang bolehlah dikatakan "Just For Fun" dengan niat untuk dijadikan tempat orang-orang Melayu yang berminat di dalam bidang IT untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Pengendali-pengendali ITTutor.net yang saya hormati juga berkhidmat tanpa sebarang bayaran atau ganjaran.
Kalau anda bekas ahli Sembang.com pastinya anda perasan tentang kenapa wujudnya forum ini. Saya adalah bekas pengendali Sembang Komputer setelah mengambil alih dari hazman aka tukangtaip suatu ketika dahulu. Pada ketika Sembang.com dibubarkan saya tercari-cari forum yang boleh menjadi ganti tempat berbincang dalam bidang IT di mana ahli-ahlinya begitu rapat saling tolong menolong dan professional dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan.
Pencarian saya hampa, dan pada 5 Jun 2001 saya telah menghantar posting di Yahoo Group Malaysia-Networking-SIG yang ditubuhkan oleh bekas ahli Sembang.com tentang niat menubuhkan Forum baru ala Sembang Komputer@Sembang.com. Ramai yang menyokong tentang niat saya tersebut dan beberapa hari berikutnya saya menghantar SMS kepada Abang FaRiS sama ada dia berminat untuk menjadi partner.. Greenlight dari Abang FaRiS! Best sikit kalau ada partner ni :smile:
Seterusnya saya berdaftar di sebuah web hosting di http://www.worldzonepro.net dan pada ketika itu belum ada sebarang domain dipilih . Saya tanya Abang FaRiS "Nak pakai domain apa? Sembangkomputer.com? " Katanya sehari sebelum itu dia baru register sebuah domain ITTUTOR.NET dan menawarkan nama tersebut digunakan. Saya terus setuju. Seterusnya saya terpaksa mencari aplikasi yang sesuai digunakan sebagai platform forum ini dan akhirnya memilih phpBB. Dengan pengetahuan yang sangat minima dalam php dan mysql (apa nak buat - orang networking lah katakan:) ) pada 15 Jun 2001 , ITTutor.net dilancarkan.

Beberapa hari selepas penubuhan, ITTutor.net lahir tanpa logo dan konsep sendiri. Dengan pertolongan rakan Abang FaRiS, saudara Abang KaVa telah mereka logo ITTutor.net yang ada sekarang. Warna kuning yang ada sekarang pula adalah dari cadangan dan pilihan saudara Abang FaRiS sendiri dan saudara nsr.
Setelah tiga bulan berada di web hosting http://www.worldzonepro.net , ITTutor.net mengalami masalah downtime yang berlanjutan sehingga 2 minggu disebabkan kerja-kerja pemindahan server hosting tersebut. Saya mengambil keputusan untuk berpindah ke web hosting baru di http://www.hostiva.com yang seterusnya kekal sehinggalah sekarang.
Etika ITTutor.net Pada asalnya saya tidak mahu menetapkan sebarang etika yang tertentu kepada ITTutor.net kerana saya yakin jika contoh yang baik dapat ditunjukkan dari ahli-ahli lama yang bersikap professional dalam perbincangan ahli-ahli baru akan menurut jejak tersebut. Namun selepas berfikir panjang saya rasa satu panduan ringkas perlu saya senaraikan di sini supaya boleh dijadikan rujukan bagi ahli-ahli baru forum ini. 1) Sebagai forum yang majoriti ahlinya beragama Islam saya rasa perlulah ahli-ahli mematuhi hukum-hukum Islam dan menjauhi larangan-larangannya dalam perbincangan di forum ini. 2) ITTutor.net juga tertakluk kepada undang-undang negara maka perkara-perkara yang dilarang oleh undang-undang Malaysia seperti isu-isu sensitif dan isu-isu politik tidak dibenarkan di ITTutor.net. 3) Bahan-bahan terlarang seperti gambar-gambar lucah dan pertukaran CD-key atau serial number yang berkaitan dengan cetak rompak adalah dilarang . 4)ITTutor.net menggalakkan ahli-ahlinya bersikap professional dan terbuka dalam perbincangan di sini. Dalam industri IT, mungkin perkara sensitif seperti pemilihan OS dan vendor sesebuah produk tertentu dapat dibincangkan dengan matang dan tidak emosional. 5)Gunakan bahasa yang baik dan hormat antara satu sama lain. Saya berharap agar ahli-ahli menggunakan bahasa yang baik antara satu sama lain dalam perbincangan kerana komuniti maya seperti ITTutor.net tergolong dari pelbagai peringkat umur dan generasi. 6) Sila beritahu saya atau pengendali lain jika anda dapati sebarang tajuk atau isi yang melanggari etika-etika yang telah ditetapkan.
Setakat ini , inilah perkara-perkara yang saya fikirkan boleh dijadikan panduan dan jika ada penambahan atau bangkangan sila beritahu saya agar ianya dapat diperbaiki. Komen dan pendapat anda amat saya harapkan.
You cannot pass!! I am a servant of the Secret Fire, wielder of the flame of Anor. The dark fire will not avail you, flame of Udun. Go back to the shadow! You cannot pass!! rizal 22-01-2002 00:10:00 Tahniah dan Syabas kepada Saudara Rizal dan rakan? lain yg berusaha keras membangunkan ITTUTOR.NET.